Islam memuliakan wanita. Sifat penyayang, lemah lembut, belas kasihan
sememangnya Allah bekalkan kepada wanita untuk berperanan sebagai isteri
yang mengasihi suami dan ibu yang penyayang kepada anak-anaknya. Allah
tidak jadikan wanita itu percuma tanpa diganjari.
Rumahtangga adalah medan mengutip pahala bagi seorang wanita.
Jumlah pahala yang dikutip sama banyaknya dengan nisbah seorang lelaki
yang keluar berjihad di medan perang. Inilah istimewanya dunia wanita.
Bahkan Al-Quran dan Hadis banyak menyebutkan ganjaran pahala yang Allah
sediakan untuk wanita dalam rumahtangga.
1. Dari Muaz bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda :
" Mana-mana perempuan yang berdiri atas dua kakinya membakar roti
bagi suaminya, hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api itu, maka
diharamkan muka dan tangannya dari kebakaran api Neraka. Dan mana-mana
perempuan yang menunggu suaminya pulang lalu disapukan mukanya,
dihamparkan hamparan duduknya, disediakan makan minumnya, direnungkannya
muka suaminya, memegang tangan suaminya, memperelokkan jamuan
kepadanya, memelihara anaknya dan memanfaatkan hartanya pada suaminya
untuk mencari keredhaaan Allah, maka disuratkan baginya akan tiap
kalimah ucapannya seperti memerdekakan seorang hamba. Pada hari Kiamat
Allah kurniakan padanya "nur" sehingga tercengang-cengang
perempuan-perempuan Mukmin seluruhnya atas kurniaan keramat itu. Tiada
seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan Nabi-nabi." (Riwayat
Abu Hurairah)
2. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 233:
" Para ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun penuh iaitu
bayi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi
makan dan pakaian kepada para ibu itu dengan cara yang makruf. Seseorang
itu tidak dibebankan melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah
seseorang ibu itu menderita sengsara kerana anaknya dan seorang ayah
kerana anaknya. Dan waris pun berkewajipan demikian. Apabila keduanya
ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan
permesyuaratan maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin
anaknya disusukan oleh orang lain maka tidak ada dosa bagi kamu memberi
pembayaran menurut yang patut. Bertaqwalah kamu kepada Allah dan
ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." ( Al-
Baqarah: 233 )
3. Firman Allah dalam surah At-Thalaq ayat 6:
"Dan jika mereka (isteri-isteri yang ditalak) itu
perempuan-perempuan hamil, maka berilah kepada mereka nafkahnya sehingga
mereka bersalin. Kemudian jika mereka menyusu (anakmu) untukmu berilah
kepada mereka upahnya. Dan bermesyuaratlah di antara kamu (segala
sesuatu) dengan baik. Tetapi jika antara kamu menemui kesulitan maka
perempuan lain boleh menyusu (anak itu) untuknya."
4. Dalam satu hadis yang diriwayatkan dari Umar Ibnu Khattab dari Rasulullah SAW:
" Apabila ia (wanita) melahirkan anak, maka tidak keluar seteguk susu
dan tidak disentuh teteknya dengan sentuhan melainkan untuknya pada
setiap teguk dan satu sentuhan itu satu kebajikan. Jika ia berjaga malam
maka baginya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba pada jalan
Allah SWT."
" Tiap wanita diantara kamu yang melahirkan tiga orang anak, mereka (anak-anak itu) akan menjadi penghalang (penyekat) baginya dari api neraka! Para wanita itu bertanya: "Bagaimanakah kalau melahirkan dua orang anak?" Rasulullah SAW menjawab: "Ya, dua orang anak pun demikian juga!" (Hadis dikemukakan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim).
" Tiap wanita diantara kamu yang melahirkan tiga orang anak, mereka (anak-anak itu) akan menjadi penghalang (penyekat) baginya dari api neraka! Para wanita itu bertanya: "Bagaimanakah kalau melahirkan dua orang anak?" Rasulullah SAW menjawab: "Ya, dua orang anak pun demikian juga!" (Hadis dikemukakan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim).
5. Abdullah bin Abbas pernah mengatakan:
" Hendaklah kamu beristeri, kerana sehari hidup beristeri lebih baik daripada seribu tahun beribadah!"
6. Sabda Rasulullah SAW:
"Apabila seorang wanita menunaikan kewajipannya terhadap Tuhannya,
mentaati suaminya dan menggerakkan peralatan tenunannya, maka
seolah-olah ia membaca tasbih kepada Allah terus menerus. Dan selama
mana berkekalan alatan tenunan itu pada tangannya maka seolah-olah ia
sembahnyang berjemaah. Apabila ia menjerang periuk untuk memberi makanan
kepada anak-anaknya nescaya Allah menggugurkan segala dosanya (selain
daripada dosa besar)." (riwayat Abu Hurairah)
" Sesiapa saja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya redha terhadap pemergiannya, maka ia akan masuk syurga." (Riwayat Imam Tirmidzi)
"Sesungguhnya meminta ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya iaitu burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama ia sentiasa dalam kerelaan suaminya. Dan sesiapa saja di kalangan isteri yang tidak berbakti kepada suaminya, maka ia mendapat laknat dari Allah dan malaikat serta semua manusia." (Dari Kitab Muheimah)
" Sesiapa saja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya redha terhadap pemergiannya, maka ia akan masuk syurga." (Riwayat Imam Tirmidzi)
"Sesungguhnya meminta ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya iaitu burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama ia sentiasa dalam kerelaan suaminya. Dan sesiapa saja di kalangan isteri yang tidak berbakti kepada suaminya, maka ia mendapat laknat dari Allah dan malaikat serta semua manusia." (Dari Kitab Muheimah)
Inilah keistimewaan seorang wanita diantara yang di sebut didalam
Al-Quran dan Hadis. Semoga anda faham bahawa makhluk yang bernama wanita
ini memang istimewa dan mempunyai martabat yang tersendiri di sisi
Allah SWT.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar